Friday, February 17, 2012

Kebiasaan....

 Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 blogger saya, saya sedang menaik taraf blog saya agar nampak hodoh sikit...hehehe...gurau je.....saya memang suka kelabu sebab warna kelabu warna yang sesuai untuk blog saya...ini merupakan kebiasaan saya pada waktu2 lapang macam ni..kebiasaan dalam menggemaskini status blog saya..
 
 Setiap orang pasti mempunyai kebiasaan yang masing2.Ada yang suka main badminton petang2,ada yang suka menghabiskan masa dengan bermain game,dan tidak lupa juga kepada gadis2 yang sentiasa buat bising di dapur ketika tiada kerja.Ini merupakan satu adaptasi yang baik kepada diri sendiri.Waktu lapang perlulah diisi dengan kebiasaan yang baik atau dengan arti kata lain ialah mengisi waktu lapang dengan seadanya.

 Seperti saya,saya amat gemar menghadap komputer riba bila mempunyai waktu lapang.Waktu lapang bagi saya ialah waktu yang saya boleh gunakan untuk menghilangkan stress selepas saya mengulangkaji pelajaran.Ramai orang yang beranggapan waktu lapang mereka digunakan bila mereka dalam keadaan yang tertekan kerana sesuatu yang kolot.Ada orang yang mempunyai kebiasaan untuk bermain internet sepanjang hari.Kalau macam itu,itu bukan namanya menghilangkan stress,tapi ketagih terhadap media massa.

 Kita tidak sedar,banyak waktu-waktu lapang yang kita ada dalam sehari...jadi pandai2 lah menggunakan waktu lapang dengan bermanfaat dan jadikan kebiasaan seperti memancing,memasak,membaca novel dan sebagainya yang boleh memajukan diri anda untuk dijadikan sebagai kerja anda pada waktu lapang.

No comments:

Post a Comment

Kenangan semasa sekolah dulu:

Kenangan ku di Alam Persekolahan Slideshow: AmyrulzHackImLee’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.